Kemudahan

PPAP sedang mengemaskini maklumat, selaras dengan peningkatan perkhidmatan kami. Sebarang pertanyaan, hubungi 09-5155050 atau email kepada kami melalui ruangan maklumbalas. Terima kasih.



Ruang Bacaan

Perpustakaan menyediakan ruang bacaan yang memisahkan pengguna dewasa dan kanak - kanak. Kapasiti pengguna bergantung kepada jenis perpustakaan, sudah pasti ruang di perpustakaan desa jauh lebih kecil berbanding ruang bacaan di perpustakaan daerah/ negeri.

Bacaan Majalah dan Akhbar

Pengguna perpustakaan boleh membaca majalah dan akhbar yang disediakan secara percuma tetapi tidak dibenarkan meminjam bahan berkenaan.

Dewan

Dewan disediakan di perpustakaan negeri untuk memudahkan pelaksanaan aktiviti perpustakaan dan terbuka untuk disewa oleh pihak luar dengan kadar yang telah ditetapkan. Untuk sewaan, orang ramai boleh berhubung dengan Bahagian Khidmat Pengurusan PPAP untuk maklumat lanjut.

Kemudahan Wi-Fi

Kemudahan ini hanya disediakan di Perpustakaan Awam Negeri dan Perpustakaan Daerah sahaja. Pengguna perlu merujuk kepada pegawai bertugas di Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan untuk maklumat lanjut.

Galeri Multimedia

Galeri ini terbuka kepada orang awam berusia 13 tahun ke atas sahaja. Syarat dan peraturan penggunaan boleh dirujuk di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang sahaja den caj perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan.