JUMLAH PELAWAT : free counter statistics

 

 



.: SEJARAH :.

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah ditubuhkan di bawah
Enakmen No. 11 pada
26 September 1973 .

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memulakan operasinya untuk masyarakat di bangunan lamanya di Jalan Masjid, Kuantan pada tahun 1976. Pada 28 Oktober 1987, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah Ibni Al-Marhum  Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah, D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K (Perak)., D.K (Johor)., D.K. (Kelantan)., D.K (Terengganu). D.K(Perlis)., D.K(Kedah)., D.K(Brunei)., D.K(Negeri Sembilan)., HON D.LITT (Malaya)., telah berkenan mencemar duli merasmikan perpindahan Perpustakaan Awam Pahang ke bangunan yang ada sekarang. Sejak itu, perkhidmatan perpustakaan semakin berkembang dari segi tawaran perkhidmatan serta rangkaian perpustakaan daerah dan desa di seluruh negeri. Tidak ketinggalan, perkhidmatan perpustakaan bergerak turut dikekalkan bagi mencapai matlamat penyebaran ilmu secara menyeluruh terutama sekali kepada masyarakat luar bandar.

.:PIAGAM PELANGGAN PPAP:.

Komitmen kami ialah untuk membawa perkhidmatan yang cekap dan mesra dengan menyediakan persekitaran pembaca yang selesa dan koleksi bahan yang berkualiti. Kami juga berjanji hak- hak pengguna perpustakaan adalah seperti berikut:

"Permohonan yang lengkap untuk keahlian perpustakaan dan disiapkan dalam tempoh tiga (3) hari"

"Proses pinjaman dan pemulangan bahan bacaan dalam tempoh tidak melebihi lima minit"

 

.: LOGO :.

Tiga lapisan buku berwarna hitam, putih dan biru bermaksud tiga lapisan masyarakat utama pengguna perpustakaan iaitu dewasa, belia dan kanak-kanak. 

Bentuk tiga segi dan bulat yang saling bercantum adalah simbol masyarakat yang berkait rapat dengan institusi perpustakaan dan cintakan buku dan ilmu. 

Warna hitam dan putih adalah lambang warna negeri Pahang. 

Warna biru adalah lambang kegigihan dan budaya cintakan ilmu. 

Warna kelabu melambangkan kekukuhan  

Warna emas melambangkan ketrampilan yang menyerlah.

.:OBJEKTIF PPAP:.

Mewujudkan Masyarakat yang Berbudaya Membaca, Mencintai Ilmu dan Meghargai Maklumat serta Berpandangan Positif dan Progresif terhadap Pembangunan Diri, Masyarakat, Agama dan Negara

 

.: MISI :.

Menyediakan pelbagai kemudahan sumber maklumat dan ilmu bagi setiap golongan masyarakat

.: VISI :.

Ke arah melahirkan golongan masyarakat berbudaya ilmu

 

 

 

 

Login Box

User ID :
Password :
 

~Untuk Kakitangan PPAP~

.: PANGKALAN DATA:.







#Hanya boleh dilayari :
:: Isnin- Jumaat 8.00 pagi hingga 5.00 petang
::Sabtu 8.00 pagi hingga 1.00 petang

 

Copyright © Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang