|
Pengenalan
Perbadanan
Perpustakaan Awam Pahang telah memulakan operasinya untuk masyarakat di
bangunan lamanya di Jalan Masjid, Kuantan pada tahun 1976. Pada 28
Oktober 1987, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji
Ahmad Shah Al- Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar
Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah, D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P.,
S.I.M.P., D.M.N., D.K (Perak)., D.K (Johor)., D.K. (Kelantan)., D.K
(Terengganu). D.K(Perlis)., D.K(Kedah)., D.K(Brunei)., D.K(Negeri
Sembilan)., HON D.LITT (Malaya)., telah berkenan mencemar duli
merasmikan perpindahan Perpustakaan Awam Pahang ke bangunan yang ada
sekarang. Sejak itu, perkhidmatan perpustakaan semakin berkembang dari
segi tawaran perkhidmatan serta rangkaian perpustakaan daerah dan desa
di seluruh negeri. Tidak ketinggalan, perkhidmatan perpustakaan bergerak
turut dikekalkan bagi mencapai matlamat penyebaran ilmu secara
menyeluruh terutama sekali kepada masyarakat luar bandar.
|
|