Siapa kita 10 Tahun Lagi

Hamirudin Hamidi
2011
Must Read
158.1 HAM
978-967-5426-69-8
201
Perpustakaan Awam Daerah Pekan
1439
User rating: / 1
PoorBest 

Ulasan

Dalam menjalani kehidupan seharian perlu juga kita bertanya kepada diri. Siapa kita 10 tahun lagi. Adakah kita akan menjadi seorang pengurus? Adakah kita akan tetap menjadi seorang kerani? Adakah kita akan menjadi individu yang lebih berjaya daripada hari ini?

Buku ini menyatakan semestinya pilihan ada ditangan kita. Jadi, marilah kita berfikir sejenak apa yang kita mahukan di dalam kehidupan kita. Perlu diingat kehidupan yang kita jalani ini hanya sekali sahaja. Ia tidak akan berulang kembali. Bermula dengan pertanyaan penting "siapakah diri kita pada masa depan?", buku ini cuba merungkai jalan-jalan yang sepatutnya dilalui secara nyata dan benar demi untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan sebelum ditutup oleh satu lagi pertanyaan iaitu "apakah yang bakal kita wariskan kelak kepada anak cucu kita?"

Kesimpulannya di sini, fikirkanlah masa depan yang lebih jauh lagi seperti sepuluh atau dua puluh tahun lagi. Oleh itu, marilah berusaha untuk mengelakkan kesukaran pada masa hadapan dengan cara berusaha lebih gigih lagi pada masa sekarang.

Buku ini sesuai dijadikan hadiah kepada semua lapisan masyarakat dengan harapan bila membacanya kita cuba berusaha merealisasikan impian kita pada masa hadapan dengan lebih berjaya.