Berubah Atau Kalah

Wahid Mahdi
2014
Synergy Media
158.1 WAH
184
Perpustakaan Awam Daerah Pekan
1890
User rating: / 3
PoorBest 

Ulasan

Buku bertajuk "Berubah Atau Kalah" ini cuba membantu anda unruk mengubah hidup menjadi lebih indah. Buku ini juga menjadi petunjuk bagi semua orang yang merindukan perubahan yang lebih baik bagi dirinya, keluarganya dan bangsanya.

Menurut penulis, beliau telah berusaha dengan sekuat tenaga untuk menjadikan buku ini sebagai teman untuk suatu proses perubahan yang menyenangkan, serta dilalui dengan penuh semangat dan rasa cinta. Bukanlah seperti yang kita dengar selama ini bahawa perubahan itu susah.

Dengan membaca buku ini, diharapkan semua pertanyaan kita mengenai persoalan di bawah akan terjawab:

Apakah manusia boleh mengubah hidupnya?

Apakah ada cara yang praktis dan dipercayai untuk membuktikan perubahan ini?

Apakah manusia mempunyai kekuatan untuk mewujudkan dan mencapai impiannya?

Apakah manusia boleh menyingkirkan semua penghalang demi mewujudkan impiannya?

Apakah dengan perubahan seseorang akan dapat merasakan ketenteraman hidup?