Mata Akal Mata Hati

2013
151.8 MUH
9789670466040
118
20.00
Perpustakaan Awam Cawangan Jengka
3891
User rating: / 3
PoorBest 

Ulasan

Melalui buku Mata Akal Mata Hati ini, Prof.Dr.Muhaya telah berkongsi rahsia untuk mengubah cara kita berfikir. Menurut Prof.Dr.Muhaya sebagai manusia kita perlu “celik mata akal” dan “celik mata hati” bagi mengubah keadaan sekeliling. Namun begitu kita perlu mengubah keperibadian diri kita dari segi zahir dan batin terlebih dahulu sebelum mengharapkan orang di sekeliling kita berubah. Setiap bab dalam buku ini membolehkan kita mengenal dan memperbaiki diri kita sendiri. Menurut beliau lagi setiap manusia tidak telepas dari melakukan kesilapan. Dalam hidup ini, di hadapan kita terlalu banyak lorong dan kita tidak akan terlepas dari membuat pilihan. Pandanglah dengan ‘mata akal” dan “mata hati” ketika memutuskan lorong pilihan. Setiap tindakan, fikirkan dengan akal yang waras dan bernas. Janganlah menggunakan akal pada jalan yang salah. Buku ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembaca untuk mengatur arah tuju pemikiran minda pembaca dengan berfikir yang baik-baik dan menolak keluar fikiran yang buruk-buruk. Kerana hati akan mengetuk akal/minda dan merangsang tindakan fizikal kita.