PPAP Terima Anugerah Pahang 1st

KUANTAN, 30 Disember 2022 -Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kerana berjaya mendapat Gangsa bagi Anugerah Pentadbiran Cemerlang (Sektor Perkhidmatan) Anugerah Pahang 1st 2022. Anugerah Pahang 1st 2022 diperkenalkan buat julung kalinya oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang sebagai usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Ia adalah satu bentuk penghargaan yang merupakan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Negeri Pahang kepada perkhidmatan terbaik antara terbaik di kalangan perkhidmatan awam Negeri Pahang yang telah mempamerkan prestasi tadbir urus yang cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan.Terima kasih kepada pengurusan dan wargakerja PPAP yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pengiktirafan ini.

pahang2