#BUKUSYOK
Awas! Bila Hati Sudah Sayang
Ulasan
Cinta hadir tanpa diduga. Sekeras manapun kita menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah cinta pertamanya gagal. Syafiqah berjaya membuka pintu hatinya namun ego mengatasi segalanya. Gurauan demi gurauan membuatkan hati Syafiqah sering terusik. Dia mempunyai rasa yang sama dan cuba menepisnya. Bagi Syafiqah cintanya hanya untuk Khairil teman waktu zaman sekolah. Keadaan makin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang menagih cinta. Begitu juga dengan khairil yang menyimpan rasa cinta terhadap Syafiqah. Perasaan cemburu dan syak wasangka sering menjadi permainan.