#BUKUSYOK

Tak Seindah Impian

Fiksyen Melayu
2012
Utusan Publications & Distributors
F RAH
9789676125484
681
RM 55.00
PPAP
4331
User rating: / 1
PoorBest 

Ulasan

Masa kini dan masa depan amat mencabar. Nasib bangsa, bahasa dan budaya perlu diberi perhatian bijaksana. Tidak boleh dipandang remeh. Ini tugas kita. Tugas pemimpin-pemimpin menjaga amanah rakyat. Kita tidak mahu melihat keistimewaan orang Melayu terhakis sedikit demi sedikit. Ada pihak tertentu mahu menafikan bahawasanya orang Melayu penduduk asal negeri ini. Kita harus sama-sama membuka lembaran sejarah. Orang Melayu bukan pendatang…

Ini kisah perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu, sebelum merdeka. Mereka telah sedar dan berpandangan jauh tentang hak dan keistimewaan orang Melayu. Nasib bangsa, bahasa dan budaya Melayu tidak seharusnya terbenam di bumi sendiri.