#BUKUSYOK
Pengurusan Kewangan Keluarga Dalam Islam
Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd.
978-967-16994-3-0
Perpustakaan Desa Paloh Hinai
3608
Ulasan
Buku ini merumuskan anak adalah harta yang paling berharga bagi ibu bapa. Tidak ada ibu bapa yang mengharapkan keburukan dan kegagalan berlaku kepada pelengkap jiwa mereka. Apa yang pasti, ibu bapa sedaya upaya berusaha demi kebaikan anak-anak, termasuklah urusan pendidikan mereka.
Bidang pendidikan perlu diberi perhatian pada masa kini adalah pendidikan kewangan. Mengapa subjek ini penting? Perbincangan mengenai masalah kewangan kadangkala dapat menimbulkan ketegangan dan kesannya berpanjangan jika tidak berhati-hati. Oleh itu, pendidikan kewangan adalah subjek yang digalakkan dan tanggungjawab mendidik yang utama terletak pada ibu bapa.