#BUKUSYOK
Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka
Ulasan
"Barang siapa yang menguasai Melaka, maka dialah yang akan memegang leher Venice". Itulah ungkapan Pires yang menunjukkan keunggulan Melaka sebagai pusat perdagangan laut yang setanding dengan Venice seteru Portugal dalam merebut perdagangan barang-barang Timur.
Pada kemuncak kegemilangan Melaka, jumlah populasi kota Melaka dikatakan mencecah 100,000 orang dan lebih ramai dari penduduk kota London pada ketika itu. Melaka umpama kota Shanghai dan Singapura pada hari ini yang merupakan pelabuhan utama di antara laluan perdagangan Barat dan Timur, menjadi tarikan kepada para pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Akibatnya budaya kosmopolitan terbentuk di Melaka di mana 84 bahsa ditutur dan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantara.
Aspek yang dibincangkan dalam buku ini termasuk rupa bentuk kota, sistem pewaris takhta, sistem pentadbiran, ekonomi, peperangan, pengangkutan, permainan, rasuah, percintaan istana, undang-undang dan agama.