Data Terbuka PPAP
DATA TERBUKA SEKTOR AWAM (DTSA)
Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Pelaksanaan data terbuka kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital.
KKMM dengan kerjasama Jabatan dan Agensi di bawahnya telah mengambil tindakan sewajarnya dalam merealisasikan pelaksanaan inisiatif data terbuka bagi setiap perkhidmatan teras agensi berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam.
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0.
Portal Data Terbuka Sektor Awam (data.gov.my) dibangunkan sebagai one-service-centre kepada rakyat untuk mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.
Berikut di antara senarai dataset PPAP:
1. Daftar Jarak Antara Perpustakaan Di Negeri Pahang Mengikut Daerah
2. Senarai Perpustakaan Awam Pahang Di Bawah Tadbir Urus Kerajaan Negeri Pahang
3. Jumlah Pinjaman Naskah Di Perpustakaan
4. Jumlah Pengunjung Perpustakaan
Senarai keseluruhan dataset PPAP boleh diperoleh di Portal Data Terbuka Kerajaan Malaysia tersebut melalui capaian berikut:
https://www.data.gov.my/data/ms_MY/organization/perbadanan-perpustakaan-awam-negeri