PPAP sedang mengemaskini maklumat, selaras dengan peningkatan perkhidmatan kami. Sebarang pertanyaan, hubungi 09-5155050 atau email kepada kami melalui ruangan maklum balas. Terima kasih.
KEAHLIAN PERPUSTAKAAN |
|
Q |
Berapakah jumlah yuran yang perlu saya bayar untuk menjadi ahli perpustakaan? |
A |
Yuran keahlian adalah seperti berikut: Warganegara Bukan Warganegara |
Q |
Apakah keperluan untuk menjadi ahli? |
A |
Anda perlu mengisi borang keahlian yang boleh diperolehi di kaunter perpustakaan. Lengkapkan borang dan hantar ke kaunter pendaftaran di perpustakaan. |
PINJAMAN BAHAN |
|
Q |
Berapakah jumlah buku yang boleh dipinjam dan tempoh masa pinjaman? |
A |
2 buah buku sahaja boleh dipinjam dalam masa 14 hari. |
Q |
Apakah yang perlu saya lakukan untuk melanjutkan tempoh pinjaman? |
A |
Lanjutan tempoh pinjaman boleh dibuat sekiranya buku tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain. Lanjutan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja (14 hari ) dan boleh dibuat sama ada secara datang sendiri ke kaunter, atau melalui panggilan telefon. |
Q |
Saya ingin meminjam buku dibahagian rujukan? |
A |
Buku rujukan termasuk Koleksi Ulangkaji dan Koleksi Negeri/ Daerah tidak boleh dipinjam. Hanya boleh rujukan dan pembacaan dalam perpustakaan sahaja. |
Q |
Berapakah bayaran denda yang dikenakan bagi buku lewat pulang, rosak atau hilang? |
A |
Lewat pulang – RM0.50 sehari sebuah buku. Hilang - Bayaran mengikut harga buku seperti di dalam sistem. |
Q |
Bagaimanakah untuk saya mendapatkan informasi tentang buku yang ingin dicari? |
A |
|
TATACARA BERPAKAIAN |
|
Q |
Bagaimanakah cara berpakaian yang dibenarkan memasuki perpustakaan? |
A |
Berpakaian sopan dan kemas. Tidak memakai pakaian yang jarang, ketat, singkat dan tanpa lengan. |
LAIN- LAIN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN |
|
Q |
Berapakah jumlah bayaran yang dikenakan untuk penggunaan internet? |
A |
Tertakluk kepada perpustakaan, ia berbeza mengikut penyedia perkhidmatan Internet. |
Q |
Adakah perkhidmatan mencetak(print) disediakan? |
A |
Ada perpustakaan yang menyediakan dan ada yang tidak. |
Q |
Adakah perkhidmatan wi-fi disediakan? |
A |
Kebanyakan perpustakaan menyediakan. Sila rujuk kaunter perpustakaan. |