PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Jom Baca Bersama 2025 Semarakkan Budaya Membaca

KUANTAN, 23 April 2025 –Program tahunan Jom Baca Bersama 10 Minit anjuran PPAP sekali lagi berlangsung dengan jayanya hari ini. Acara yang diadakan serentak seluruh negara ini turut diserikan dengan kehadiran tokoh perasmi, Yang Amat Berbahagia Datin Sri Diraja Dato’ Hajah Burhah binti Mohammed.

Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi dengan sesi bacaan serentak selama 10 minit, sebagai simbolik usaha memperkukuh budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, kakitangan awam, serta ahli Kelab Warga Emas Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia yang disambut setiap 23 April, bertepatan dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Dengan sambutan yang menggalakkan, PPAP akan terus menganjurkan program seumpama ini pada masa akan datang demi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Klik di sini untuk lebih gambar.

jb1
jb4
jb3