MARAN,19 Mei 2025-Majlis Penutup Program Biodiversiti Pahang 2026 telah diadakan di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Majlis dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Norzahira Binti Muhammad Azmi, Pengurus Besar Tourism Pahang.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang, Perpustakaan Awam Daerah, Perpustakaan Pahang, Perpustakaan Desa PNM dan para peserta dari seluruh negeri Pahang.
Tahniah kepada peserta yang berjaya mengumpul jumlah pemerhatian tertinggi di setiap daerah dan menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang program berlangsung!
Setiap gambar dan pemerhatian yang dikongsikan telah membantu menambahkan lagi data biodiversiti yang sangat bernilai.
Teruskan semangat meneroka alam dan jangan berhenti menjadi mata kepada biodiversiti kita biarpun program ini telah sampai ke penghujungnya.