PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Mengenai Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

PWIN
PWN_5799

Perbadanan  Perpustakaan  Awam  Pahang  (PPAP)  telah   ditubuhkan  di  bawah  Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973 dan diwartakan di dalam warta kerajaan No. 11 tahun 1973 pada 4 Oktober 1973. Pada tahun 1972, Kerajaan Negeri Pahang  telah  menubuhkan  jawatankuasa untuk  mengkaji penggubalan     Enakmen   Perbadanan   Perpustakaan  Awam   Pahang.    Jawatankuasa    ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Khutub Khanah  Umum  Kuantan.

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memulakan  operasinya  untuk  masyarakat  di bangunan Rumah Rehat lama di Jalan Masjid, Kuantan  pada  tahun  1976.  Pada  tahun  1985, berpindah ke Bangunan lama Dewan Undangan Negeri di Jalan Gambut dan telah dirasmikan pada 28 Oktober 1987 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah.

Sejak itu, perkhidmatan perpustakaan semakin berkembang ke semua 11 Daerah di Negeri Pahang dengan penubuhan Perpustakaan Daerah, Cawangan, Perpustakaan Bergerak (Pinjaman kelompok) dan Perpustakaan Desa. Sehingga kini, PPAP mempunyai 1 buah Perpustakaan Negeri, 10 buah Perpustakaan Daerah, 2 buah Perpustakaan Cawangan, 28 buah Perpustakaan Desa Negeri, 33 buah Perpustakaan Desa PNM, 1 Unit Bas bergerak Multimedia e-Pustaka dan 7 unit Perpustakaan Bergerak yang kini menjalankan perkhidmatan pinjaman kelompok di luar bandar di seluruh Negeri Pahang.

Pada 4 September 2017 Perpustakaan Awam Pahang telah berpindah dan memulakan operasi di bangunan baharu di Jalan Kemunting Kuantan. Bangunan baharu ini berkeluasan 12,000 meter persegi, mampu memuatkan 2,000 pengunjung dalam satu-satu masa dan menawarkan perkhidmatan yang terkini seiring dengan kemajuan teknologi. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah merasmikan bangunan baharu Perpustakaan Awam Pahang pada 12 November 2018 dan memberi nama baharu kepada Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah.

ppap