Objektif
Berkhidmat secara adil dan telus dalam urusan pentadbiran, kewangan dan pembangunan sumber manusia bagi menyokong objektif utama jabatan.
Merancang, mengurus dan melaksanakan perolehan bahan-bahan perpustakaan yang berkualiti dan menepati kehendak pengguna disamping menguruskan pengkatalogan bahan-bahan mengikut garispanduan yang diguna pakai bagi mencapai objektif jabatan.
Mengurus perkhidmatan perpustakaan termasuk perkhidmatan sirkulasi, rujukan, koleksi negeri dan galak guna perpustakaan yang diberikan untuk pengguna perpustakaan demi mencapai objektif jabatan.
Mengurus perkhidmatan perpustakaan daerah, cawangan, desa dan perkhidmatan bergerak melalui konsep `central monitoring’ dalam mempastikan objektif jabatan tercapai.
Merancang, mengurus dan melaksanakan projek-projek pembangunan perpustakaan dengan kerja sama pihak jabatan pelaksana seperti JKR, Pejabat Daerah dan lain-lain agar objektif jabatan dapat dicapai.
Membangun dan menyelenggara sistem maklumat, mengguna infrastruktur teknologi maklumat dan meningkatkan kesedaran keberkesanan penggunaan teknologi maklumat di kalangan kakitangan dan pengguna perpustakaan.