PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Pameran Perpustakaan Awam Pahang Sempena Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Pahang

PEKAN, 11 November 2023- Sekitar pameran Perpustakaan Awam Pahang sempena Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Pahang di UMPSA, Pekan. Antara aktiviti di reruai perpustakaan adalah pameran Sumo Robotic, pameran Football Robotic, pameran buku Sains dan Matematik, demo Slime, permainan lato-lato dan promosi keahlian perpustakaan. Perpustakaan Bergerak PPAP juga turut di bawa ke UMPSA. Pelbagai aktiviti menarik juga ada disediakan di dalam Perpustakaan Bergerak ini antaranya buku, pameran u-Pustaka dan permainan atas talian. Terima kasih diucapkan kepada pihak UMPSA dan semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyertaan perpustakaan sebagai pempamer di Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Pahang pada tahun ini.
pameran3
ppap1
ppap4
ppap3
ppap2