PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Pinjaman Kelompok

Perkhidmatan Pinjaman Kelompok telah diperkenalkan di PPAP (Kuantan sejak tahun 1995 lagi. Sehingga kini, perkhidmatan ini mempunyai 139 keahlian yang terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan, organisasi swasta, persatuan, kelab dan pertubuhan. Dalam 2010, PPAP berhasrat mengembangkan lagi perkhidmatan ini keseluruh Perpustakaan Awam Daerah dan Cawangan yang ada di negeri Pahang Darul Makmur ini. Selain itu, perkhidmatan ini juga ingin dikembangkan menerusi Perkhidmatan Bas Bergerak yang telah ditukar kepada Perkhidmatan Kelompok.

TUJUAN
i. Untuk memberi sokongan dan galakan kepada jabatan kerajaan, organisasi swasta, persatuan, kelab dan pertubuhan yang sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan membaca kepada orang ramai.
ii. Untuk membantu mempelbagaikan koleksi bahan-bahan bacaan yang sedia ada di bilik bacaan/perpustakaan kecil yang tidak mempunyai bahan bacaan yang mencukupi.
iii. Salah satu usaha untuk menyebarkan bahan bacaan dan memperluaskan lagi perkhidmatan perpustakaan awam negeri kepada penduduk yang jauh dari pusat bandar bagi menikmati kemudahan dalam mendapatkan bahan bacaan yang disediakan oleh pihak PPAP.
iv. Sebagai salah satu usaha untuk memupuk dan meningkatkan lagi minat membaca di kalangan masyarakat khususnya di negeri Pahang Darul Makmur.

KOLEKSI PERKHIDMATAN PINJAMAN KELOMPOK
i. Koleksi pinjaman terdiri dari :
- Koleksi Pinjaman Kelompok
- Koleksi dari rak terbuka yang terdapat di PAD/PAC
- Koleksi Perkhidmatan Bas Bergerak
ii. Bahan-bahan yang akan dipinjamkan merangkumi bahan fiksyen/bukan fiksyen di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
iii. Terdiri dari bahan bacaan untuk pelbagai peringkat umur iaitu kanak-kanak, belia, dewasa
iv. Pengguna akan menerima buku/bahan selepas 7 hari dari tarikh permohonan

KUANTITI/TEMPOH PINJAMAN BAHAN

Jumlah Pinjaman (buah)Tempoh PinjamanLokasi
 Maksimum 300 buah buku 3 bulanPPAP
 Maksimum 100 buah buku 1 bulanPAD
  Maksimum 100 buah buku 1 bulanPAC

Lanjutan pinjaman boleh dibuat selama 2 minggu dari tarikh pulangan yang sepatutnya sekiranya tiada permintaan dari pengguna lain.

PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN

Pengangkutan
i. Jabatan, organisasi, persatuan, kelab, pertubuhan hendaklah datang sendiri ke perpustakaan yang berkaitan/ membuat permohonan melalui telefon untuk urusan peminjaman dan pemulangan.
ii. Pemulangan yang dibuat hendaklah di bawah pemantauan Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan & Literasi, Ketua Bahagian Rangkaian Perpustakaan, Ketua PAD/PAC.
iii. Bagi PAD yang mempunyai perkhidmatan bas bergerak, penghantaran bahan/buku untuk peminjaman dan pemulangan akan dilakukan oleh bas bergerak.
iv. Bagi PAD/PAC yang tiada perkhidmatan bas bergerak, ahli Perkhidmatan Kelompok sendiri akan datang untuk mengambil bahan/buku tersebut di perpustakaan.

Keselamatan Bahan
i. Keselamatan buku-buku yang dipinjam adalah dibawah tanggungjawab jabatan, organisasi, persatuan, kelab atau pertubuhan sepenuhnya.

Kelewatan Pemulangan Bahan
i. Denda lewat pulang akan dikenakan sebanyak RM0.20 sehari.
Mengikut Peraturan-Peraturan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1977.
ii. Kehilangan bahan/bahan rosak.
Denda akan dikenakan mengikut Peraturan-Peraturan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1977.

KEAHLIAN
Peraturan dan syarat-syarat untuk menjadi ahli pinjaman kelompok
a. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis.
b. Pegawai dari PPAP akan melawat ke tempat jabatan/organisasi/ pertubuhan/kelab/persatuan yang memohon untuk berbincang dan meninjau kedudukan serta kemudahan-kemudahan yang sedia ada.
c. Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan dikehendaki menyediakan satu tempat/rak khas untuk menempatkan buku-buku pinjaman kelompok supaya tidak bercampur dengan koleksi sendiri bagi memudahkan dari segi kawalan.
d. Seorang pegawai juga hendaklah ditugaskan supaya bertanggungjawab ke atas pinjaman.
e. Peraturan untuk membaca hendaklah disediakan oleh jabatan/organisasi/ pertubuhan/kelab/persatuan yang menerima perkhidmatan pinjaman kelompok.
f. Sebanyak 100/300 naskhah buku boleh dipinjam dalam tempoh 1/3 bulan. Lanjutan pinjaman untuk jangka masa 2 minggu lagi boleh dibuat sekiranya tiada permintaan dari pengguna lain.
g. Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan hendaklah menyediakan pengangkutan sendiri untuk mengambil dan memulangkan buku-buku yang dipinjam dan bagi Perpustakaan Awam Daerah yang mempunyai perkhidmatan bas bergerak, pihak kami akan datang untuk menghantar serta mengambil bahan/buku di lokasi jabatan/organisasi /pertubuhan/kelab/persatuan.
h. Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjam.
i. Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan adalah bertanggungjawab untuk membayar gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973 (Enakmen Pahang No. 11 tahun 1973), Peraturan-Peraturan Perbadana Perpustakaan Awam Pahang 1977.
j. Jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan yang meminjam buku secara berkelompok dikehendaki bersetuju secara bertulis akan mematuhi syarat-syarat pinjaman berkenaan dengan menandatangani Perjanjian Pinjaman Kelompok PPAP.
k. Kelulusan diberi hanya setelah pihak pegawai perpustakaan berpuas hati dengan segala syarat-syarat di atas.

Muat Turun