KUANTAN, 31 Januari 2026 – Reruai perpustakaan sempena Karnival Pendidikan Kerjaya sesi 2025/2026 bertempat di Dewan Mat Kilau, Kolej Matrikulasi Pahang ,Terima kasih kepada Kolej Matrikulasi Pahang atas jemputan, para pensyarah, semua pelajar dan pengunjung yang singgah ke reruai perpustakaan. Pelbagai info dikongsikan antaranya tentang perkhidmatan perpustakaan, U-Pustaka, aplikasi Buffet@PNM. VR dan pelbagai sumber rujukan. Kami juga membawa bahan terbitan perpustakaan koleksi Pusat Warisan Intelek Negeri untuk jualan.