PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

e-Penyertaan PPAP

epenyertaan

E-PENYERTAAN PPAP
Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan/Undian dan Kajian Soal Selidik yang terdapat dalam Laman Web Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang :

  1. Memuat naik, emel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara-perkara berikut :-
  • Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman,keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Laman Web Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
  • Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman  web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.
  • Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.
  1. Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).
  2.  Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.
  3. Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini;
  4. Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal

KAJI SELIDIK E-PENYERTAAN 

Anda boleh mengemukakan sebarang cadangan atau pandangan berkenaan topik yang dibincangkan. Segala maklumat yang diperoleh akan dikumpul dan dinilai.
 
KAJI SELIDIK YANG DIBUKA: – TIADA –

Dasar e-Perundingan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-perundingan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik serta tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Perundingan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

MEDIA SOSIAL 

 

Klik di sini untuk akses ke portal u-Pustaka