FAQ
Q :
Berapakah jumlah yuran yang perlu saya bayar untuk menjadi ahli perpustakaan?
A :
Yuran keahlian adalah seperti berikut:
Warganegara
Dewasa : RM 10.00 / setahun
Kanak- kanak : RM 10.00 / setahun
Bukan Warganegara
Dewasa : RM 20.00 / setahun
Kanak-kanak : RM 20.00 / setahun
Q :
Apakah keperluan untuk menjadi ahli
A :
Anda perlu mengisi borang keahlian yang boleh diperolehi di kaunter perpustakaan.
Lengkapkan borang dan hantar ke kaunter pendaftaran di perpustakaan.
Q :
Berapakah jumlah buku yang boleh dipinjam dan tempoh masa pinjaman
A :
10 buah buku sahaja boleh dipinjam dalam masa 14 hari.
Q :
Apakah yang perlu saya lakukan untuk melanjutkan tempoh pinjaman?
A :
Lanjutan tempoh pinjaman boleh dibuat sekiranya buku tersebut tidak ditempah oleh pengguna lain. Lanjutan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja (14 hari ) dan boleh dibuat sama ada secara datang sendiri ke kaunter, melalui panggilan telefon atau secara atas talian dengan log masuk ke sistem keahlian PPAP di pautan berikut https://www.webopac.pahanglibrary.gov.my.
Q :
Bolehkah saya meminjam buku di Bahagian Rujukan?
A :
Buku rujukan termasuk Koleksi Ulangkaji dan Koleksi Negeri/Daerah tidak boleh dipinjam. Hanya untuk pembacaan dalam perpustakaan sahaja.
Q :
Berapakah bayaran denda yang dikenakan bagi buku lewat pulang, rosak atau hilang?
A :
Lewat pulang – RM0.50 sehari
Hilang – Bayaran mengikut harga buku seperti di dalam sistem
Q :
Bagaimanakah untuk saya mendapatkan informasi tentang buku yang ingin dicari?
A :
Untuk carian bahan boleh ke pautan berikut https://www.webopac.pahanglibrary.gov.my.
atau rujuk kepada petugas di kaunter.
Q :
Bagaimanakah cara berpakaian yang dibenarkan memasuki perpustakaan?
A :
Berpakaian sopan dan kemas. Tidak memakai pakaian yang jarang, ketat, singkat dan tanpa lengan.
Berapakah jumlah bayaran yang dikenakan untuk penggunaan internet?
A :
Tertakluk kepada perpustakaan, ia berbeza mengikut penyedia perkhidmatan internet.
Q :
Adakah perkhidmatan mencetak (print) disediakan ?
A :
Ada perpustakaan yang menyediakan dan ada yang tidak.
Q :
Adakah perkhidmatan wi-fi disediakan ?
A :
Kebanyakan perpustakaan menyediakan. Sila rujuk kaunter perpustakaan.