KUANTAN,24 Jun 2026- Satu gabungan karya seni yang cukup luar biasa (Fotografi, Cat Air,& Doodles”) oleh Ali Shamsul Bahar kini menanti anda di Pusat Warisan Intelek Negeri (Tingkat 2). Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Maria binti Hamzah (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang atas kesudian merasmikan pameran. Syabas dan tahniah kepada 3 pengkarya seni berbakat iaitu Ali Shamsul Bahar, Robiah Abu Hassan dan Umairoh Ali atas perkongsian karya yang sangat luar biasa. Terima kasih juga kepada semua tetamu jemputan , para pengunjung khususnya kepada para peminat seni fotografi yang hadir memberi sokongan pada majlis tersebut. Tidak lupa juga kepada Jawatankuasa kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Pameran ini adalah jambatan yang mendekatkan masyarakat dengan keindahan seni visual, sekaligus memelihara khazanah warisan dan identiti budaya bangsa untuk generasi muda.