KUANTAN, 28 Oktober 2025 – Majlis Perasmian Pesta Buku Pahang 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, bertempat di Berjaya Megamall Kuantan. Penganjuran pesta buku ini menjadi platform dalam usaha memupuk minat membaca serta menggalakkan penglibatan masyarakat terhadap dunia perbukuan dan ilmu pengetahuan di negeri Pahang.
Majlis turut diserikan dengan pelancaran buku cerpen berjudul “Halaman Kenangan: Kisah Si Penjaga Ilmu”, hasil karya kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP). Buku tersebut menghimpunkan kisah-kisah inspirasi yang menggambarkan peranan perpustakaan dan dedikasi para penjaga ilmu dalam mendidik masyarakat.
Pesta Buku Pahang 2025 yang berlangsung di Berjaya Megamall Kuantan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi bersama penulis, pameran buku baharu, pelbagai pertandingan serta jualan buku dengan tawaran istimewa daripada penerbit tempatan dan nasional. Penganjuran kali ini sekali lagi memperlihatkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh budaya membaca dan memperluas akses ilmu kepada seluruh lapisan masyarakat di Pahang.
Tonton semula Majlis Perasmian Pesta Buku Pahang 2025 di pautan berikut:
https://www.facebook.com/Pahanglibrary/videos/698208336655441
#PahangMembaca
#PahangLibrary