PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Perpustakaan Sertai Moh Karnival Makmur Cameron Highlands Tanah Rata

CAMERON HIGHLANDS, 2 Ogos – Perpustakaan Bergerak Pahang dan Booth Pameran Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands telah mencuri tumpuan pengunjung di Moh Karnival Makmur yang berlangsung di Tanah Rata.

Karnival yang berlangsung selama dua hari ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik berunsurkan ilmu dan pembacaan, selaras dengan usaha memperkasa budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Antara tarikan utama ialah bas Perpustakaan Bergerak yang menyediakan kemudahan membaca pelbagai bahan bacaan dan ruang mesra kanak-kanak.

Booth digital turut menarik perhatian pengunjung apabila memperkenalkan u-Pustaka dan aplikasi seperti Ookbee Buffet dan bahan bacaan elektronik yang boleh diakses melalui gajet. Tidak ketinggalan, sudut bacaan interaktif untuk kanak-kanak juga dipenuhi gelak tawa dan keterujaan anak-anak kecil yang terlibat dalam sesi bacaan santai.

2
1