KUANTAN, 14 Oktober 2025 – Program Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025 telah berlangsung meriah di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan, dengan pelbagai aktiviti menarik melibatkan warga sekolah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, DIMP., SMP., Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Program ini mendapat sambutan hangat daripada guru-guru dan murid-murid, yang turut memberikan kerjasama penuh sepanjang penganjuran. Pihak perpustakaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat atas sokongan yang diberikan.