KUALA LUMPUR, 1 Jun 2026-
Sesi Bicara Buku PPM–PPAP Halaman Kenangan: Kisah Si Penjaga Ilmu yang berlangsung di Pentas Dunia Buku, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 telah selesai dengan jayanya.
Terima kasih kepada moderator, para panel serta semua pengunjung yang hadir memberikan sokongan dan turut berkongsi pengalaman, kenangan serta pandangan mengenai dunia kepustakawanan dan peranan perpustakaan dalam membentuk masyarakat berilmu.
Program ini bukan sekadar mengimbau nostalgia perjalanan seorang penjaga ilmu, malah menjadi wadah untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga perpustakaan yang sentiasa komited dalam menyebarkan ilmu kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga perkongsian yang disampaikan menjadi inspirasi kepada generasi baharu untuk terus mencintai ilmu, buku dan perpustakaan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Kisah Si Penjaga Ilmu. Setiap kenangan yang dikongsi hari ini akan terus menjadi halaman baharu dalam perjalanan memartabatkan dunia perpustakaan, menyemarakkan budaya membaca dan memperkukuhkan kecintaan terhadap ilmu.