PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

SERI KEMUNTING HARUMKAN NAMA PPAP DI PESTA PANTUN NUSANTARA PAHANG 2026

KUANTAN, 16 November 2026 –Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) yang menyertai Pesta Pantun Nusantara atas kejayaan merangkul Tempat Ke-3 dalam Pesta Pantun Nusantara Pahang 2026. Program bertemakan “Pantun Menyatu, Budaya Menghubungi” ini telah berlangsung dengan jayanya bermula 13 hingga 15 November 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Kuantan. Jutaan terima kasih dan syabas diucapkan kepada penyelaras, barisan penyedia pantun, para pemantun, serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat memartabatkan seni warisan dan budaya bangsa!

Bunga kemboja di hujung laman,
Serlah menguning disuluh pernama;
Tempat ketiga jadi kebanggaan,
Seri Kemunting mengharum nama.

Tampak serlah burung di awan,
Turun berkawan di dahan jati;
Menang kalah adat pertandingan,
Manis kenangan terpahat di hati.

PPAPPANTUN2
PPAPPANTUN5