KUANTAN,8 OGOS 2026- PROGRAM SEMARAK JAWI, HAYATI SENI KHAT “MAKMURKAN PAHANG”. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana Program Semarak Jawi, Hayati Seni Khat “Makmurkan Pahang” yang berlangsung hari ini, 8 Ogos 2026, telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta daripada, pelajar sekolah rendah sekitar Bandar Kuantan , SMA Al- Ihsan , Pensyarah dan pelajar Universiti Kolej Yayasan Pahang dan mereka yang bersama dalam bengkel hari ini dan memberikan sokongan padu. Kehadiran dan semangat anda semua membuktikan bahawa warisan tulisan Jawi dan seni Khat terus segar dan diwarisi di bumi Pahang.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Wan Yusof bin Wan Ali dan Ustaz Masnadi bin Ahmad selaku tenaga pengajar, dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha kecil kita hari ini memberi impak yang besar dalam memelihara serta memartabatkan khazanah warisan bangsa.