PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Pinjaman Kelompok

1. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis.
2. Keahlian adalah PERCUMA.
3. Pegawai dari PPAP akan melawat ke jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/
persatuan/Perpustakaan Keluarga yang memohon untuk berbincang dan
meninjau kedudukan serta kemudahan yang sedia ada.
4. Pihak jabatan/ organisasi/ pertubuhan/ kelab/ persatuan/ Perpus takaan Keluarga
dikehendaki menyediakan satu tempat/rak khas untuk menempatkan buku-buku
pinjaman kelompok supaya tidak bercampur dengan koleksi sendiri.
5. Seorang pegawai juga hendaklah ditugaskan untuk bertanggungjawab ke atas
pinjaman buku.
6. Peraturan untuk membaca hendaklah disediakan oleh jabatan/organisasi/
pertubuhan/kelab/persatuan/Perpustakaan Keluarga yang menerima
Perkhidmatan Pinjaman Kelompok dan anda perlu bertanggungjawab untuk
menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjam.
7. Sebanyak 100-300 naskhah buku boleh dipinjam dalam tempoh 1-3 bulan.
Lanjutan pinjaman untuk jangka masa 1 bulan (30 hari) lagi boleh dibuat
sekiranya tiada permintaan dari pengguna lain.
8. Pihak jabatan/organisasi/ pertubuhan/ kelab/ persatuan/ Perpustakaan Keluarga
hendaklah menyediakan pengangkutan sendiri untuk mengambil dan
memulangkan buku-buku yang dipinjam. Bagi Perpustakaan Awam Daerah yang
mempunyai perkhidmatan Bas Bergerak, pihak PPAP boleh datang untuk
menghantar serta mengambil bahan/buku di lokasi jabatan/organisasi/
pertubuhan/kelab/ persatuan/ Perpustakaan Keluarga atas persetujuan bersama.
9. Denda lewat pulang buku DIKECUALIKAN kepada ahli Perkhidmatan Pinjaman
Kelompok. Sekiranya buku yang dipinjam tidak dapat dipulangkan mengikut
tempoh masa yang telah ditetapkan, jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/
persatuan/Perpustakaan Keluarga perlu memaklumkan serta mendapat
kebenaran daripada pegawai PPAP.
10. Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan/Perpustakaan Keluarga
adalah bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi bagi buku-buku yang
hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Enakmen Perbadanan
Perpustakaan Awam Pahang 1973 (Enakmen Pahang No. 11 Tahun 1973
Pindaan 2014), Peraturan-peraturan Perbadanan Perpustakaan Awam
Pahang 1977 Pindaan 2016.
11. Jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan/Perpustakaan Keluarga yang
meminjam buku secara berkelompok dikehendaki bersetuju secara bertulis akan
mematuhi syarat-syarat pinjaman berkenaan dengan menandatangani Perjanjian
Perkhidmatan Pinjaman Kelompok PPAP.
12. Kelulusan diberi hanya setelah pihak pegawai Perpustakaan berpuas hati
dengan segala syarat-syarat di atas.

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Muat Turun